X

Kindly register in order to view this article
!

Dua kali kereta dicuri, dua kali berjaya ditemui

Kereta milik Mohd Hatta tular di Facebook apabila ia ditemui di Kampung Bukit Alor Batu, Selising.
A
A

PASIR PUTEH - Kalau dah rezeki takkan ke mana, itulah yang berlaku kepada seorang peniaga, Mohd Hatta Abd Rahman, 55, apabila kereta Proton Waja miliknya yang hilang Rabu lalu ditemui hari ini.

Ia bukanlah kejadian pertama apabila kereta milik Mohd Hatta yang berasal dari Labok, Machang itu pernah dicuri pada tahun 2010 tetapi ditemui kembali selepas beberapa hari.

"Saya bersyukur ia ditemui semula walaupun banyak barang yang sudah dicuri terutamanya melibatkan aksesori kereta," katanya.

Menceritakan semula kejadian tersebut, Mohd Hatta berkata, kereta itu disedari hilang selepas dia selesai menunaikan solat Subuh di Masjid Batu 23, Labok, Machang.

Menurutnya, pada awalnya dia reda dengan kehilangan tersebut kerana ia merupakan kejadian kedua selepas sembilan tahun lalu.

Katanya, namun hari ini dia dikejutkan dengan gambar kereta miliknya tular di Facebook apabila ia ditemui di Kampung Bukit Alor Batu, Selising di sini.

Mohd Hatta (tiga dari kanan) memeriksa kereta Proton Waja miliknya yang berjaya ditemui semula selepas dua kali dicuri.
Mohd Hatta (tiga dari kanan) memeriksa kereta Proton Waja miliknya yang berjaya ditemui semula selepas dua kali dicuri.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu ada penduduk melihat kereta ditinggalkan di kawasan itu.

"Terima kasih kepada mereka yang telah menemui kereta itu," katanya.

Dia beranggap ia masih rezekinya walaupun sudah dua kali dicuri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!