Pegawai RTM direman: Gobind gesa beri ruang SPRM buat kerja

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bercakap pada media di Parlimen hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bercakap pada media di Parlimen hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beri ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung dua pegawai kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) direman baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, beliau dimaklumkan mengenai kes penahanan berhubung dua pegawai kanan RTM bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana sebuah institusi zakat pada Sabtu lepas.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai di RTM bagi mendapatkan maklumat susulan berhubung perkara itu.

"Jadi biar mereka buat siasatan dan saya akan bincang dengan pegawai-pegawai di RTM," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memaklumkan pada awalnya tiga orang ditahan pada 7 Oktober lalu termasuk sorang lelaki dipercayai pemilik syarikat swasta yang juga suami seorang daripada suspek

Menurutnya, kedua-dua pegawai itu berusia 37 dan 40 tahun manakala lelaki berusia 38 tahun dibebaskan selepas SPRM mengambil keterangannya.

"Hanya dua suspek iaitu pegawai kanan RTM direman empat hari dan selepas itu kita mendapat perintah sambungan reman selama lima hari.

"SPRM sudah mengambil keterangan daripada 11 individu termasuk suspek, merangkumi kakitangan RTM, institusi zakat dan syarikat swasta,"katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga termasuk dua pegawai kanan RTM ditahan SPRM