Kes kerat lapan: Kepala dua beranak atas siling

Belakang rumah mangsa yang turut diletakkan pita kuning di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam.
Belakang rumah mangsa yang turut diletakkan pita kuning di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan tragis ditemui atas siling rumah sewanya Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam Jumaat lalu.

Sumber berkata, kepala dua beranak itu dipercayai ditemui oleh pihak polis ketika membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut di rumah teres dua tingkat terbabit.

"Difahamkan kepala itu ditemui sepasukan anggota polis yang berada di rumah sewa mangsa lebih kurang jam 8 malam.

"Bahagian kepala ibu dan anak itu ditemui di atas loteng rumah bercat kuning itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan anggota itu termasuk tangan mangsa yang belum ditemui kerana melibatkan sensitiviti pelbagai pihak terutama keluarga.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan dan 98 peratus telah siap termasuk bukti-bukti kukuh yang diperolehi sebelum pertuduhan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Segalanya akan diketahui kelak selepas suspek dituduh di mahkamah nanti," katanya.

Khamis lalu Sinar Harian melaporkan mayat dua beranak mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong pada jam 4 petang.

Artikel Berkaitan:

Wanita dan anak lelakinya itu dibunuh di rumahnya dan dicampakkan dan kawasan semak sebelum ditemukan pemotong rumput yang sedang bekerja di kawasan itu.

Susulan itu, Sabtu lalu, polis berjaya menahan lelaki warga Singapura yang juga suami mangsa kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Suspek bunuh kerat lapan ditahan: PDRM

Pemotong rumput jumpa mayat di kawasan semak

Kepala disyaki milik dua beranak dikerat lapan ditemui