Erat hubungan menerusi Program Bubur Asyura

Peserta program merakamkan gambar bersama selepas selesai menyediakan juadah berkenaan.
Peserta program merakamkan gambar bersama selepas selesai menyediakan juadah berkenaan.
A
A
A

HULU LANGAT - Bagi mengeratkan semangat jalinan persaudaraan, Alumni Maahad Muhammadi Lembah Klang 1992-1997 (MML 92-97) menganjurkan Program Bubur Asyura yang berlangsung di Home Stay D' Mangka baru-baru ini.

Pengarah program, Mohd Fadli Hassan berkata, selain itu aktiviti yang disertai kira-kira 50 orang peserta ini juga dianjurkan bertujuan menghidupkan lagi tradisi berkenaan yang semakin luput ditelan zaman.

Menariknya, Mohd Fadli berkata, penyediaan bubur asyura ini dilaksanakan secara spontan tanpa bimbingan daripada mana-mana tukang masak berkemahiran atau berpengalaman.

"Bubur asyura disediakan oleh golongan profesional terdiri daripada bekas penuntut di MML92-97 yang secara peribadi tidak pernah menyediakan juadah ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Fadli, pihaknya juga merasa terharu di atas komitmen yang diberikan oleh peserta program berkenaan walaupun ada di antara mereka terikat dengan jadual harian masing-masing.

"Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas hakiki namun mereka masih berpeluang untuk memberikan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan program ini," katanya.

Artikel Berkaitan: