Sidan DUN: 676 hektar tanah belum dibangunkan

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri sedang membuat pertimbangan dari sudut undang-undang melibatkan pengambilan sebanyak 675.9976 hektar tanah oleh kerajaan Persekutuan di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sejumlah tanah terbabit diambil untuk tujuan tertentu, namun sehingga kini masih ia belum dibangunkan.

"Sebahagian daripadanya telah dikeluarkan Notis 5A kerana telah melebihi tempoh yang sepatutnya," katanya semasa menjawab soalan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Menjawab soalan tambahan diajukan Abd Rahman Yunus (Pas-Pasir Tumboh), Mohd Amar berkata, kerajaan negeri juga sedang meneliti untuk mengenakan caj premium kepada tanah diberikan kepada kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan sedang meneliti tidak hanya melibatkan tanah-tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) tetapi keseluruhan tanah-tanah di seluruh negeri sama ada melibatkan pengambilan ataupun pembangunan dari sudut undang-undang.

"Ada sebahagian daripada contoh tanah yang diberi kepada kerajaan Persekutuan yang tidak dibayar apa-apa sejak lama dan kita telah membuat tuntutan kepada mereka untuk bayar premium dan caj penggunaan tanah.

“Ada sebahagiannya telah diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan dan ada sebahagian masih di peringkat perbincangan," katanya.

Artikel Berkaitan: