Naik bot demi ‘Chup Badui Sikulah’

Bot panjang digunakan sebagai pengangkutan utama bagi anak-anak Batek bersama seorang guru menuju ke SK Kuala Tahan.

A
A
A
ORANG asli suku kaum Batek sudah tinggal di Taman Negara sebelum kewujudan Taman Negara lagi. Mereka yang terkenal dengan cara kehidupan nomad, tinggal di dalam komuniti yang kecil (10-15 keluarga) di sesebuah penempatan.

Anak-anak Batek mula bersekolah sejak Januari 2018 terdiri daripada 50 orang dari umur 7 hingga 16 tahun.

Pada awalnya, sesi persekolahan mereka bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kini, waktu persekolahan mereka sama seperti murid yang lain bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pengangkutan anak-anak Batek ini ke Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan adalah dengan menaiki bot.

Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit menyusuri Sungai Tembeling. Pengurusan pengangkutan ke sekolah diselia oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Silibus yang direka khas oleh para guru SK Kuala Tahan untuk anak-anak Batek adalah berbeza dengan menggunakan konsep 5M iaitu Makan, Minum, Main, Mempelajari sesuatu dan Muzik.

Program ini digelar 'Chup Badui Sikulah' atau Jom ke Sekolah untuk menarik minat anak-anak Batek ke sekolah.

Hasil kerjasama guru-guru dan penduduk tempatan, mereka berjaya meyakinkan ibu bapa orang asli Batek ini menghantar anak mereka ke sekolah dengan memberikan kesedaran pentingnya pendidikan untuk masa depan anak-anak mereka.

Artikel Berkaitan:

Perut perlu diisi sebelum memulakan pembelajaran di sekolah.

Kanak-kanak ini sedang bersiap-siap untuk ke sekolah kira-kira jam 6.40 pagi.

Demi menimba ilmu, anak-anak orang asli suku Batek menggunakan bot panjang sebagai pengangkutan utama mereka untuk ke sekolah dan perlu menyusuri sungai selama 30 minit sebelum menjejakkan kaki ke SK Kuala Tahan setiap hari.
Demi menimba ilmu, anak-anak orang asli suku Batek menggunakan bot panjang sebagai pengangkutan utama mereka untuk ke sekolah dan perlu menyusuri sungai selama 30 minit sebelum menjejakkan kaki ke SK Kuala Tahan setiap hari.

Bot panjang digunakan sebagai pengangkutan utama bagi anak-anak Batek bersama seorang guru menuju ke SK Kuala Tahan.
Bot panjang digunakan sebagai pengangkutan utama bagi anak-anak Batek bersama seorang guru menuju ke SK Kuala Tahan.

SK Kuala Tahan menjadi tempat baharu untuk kanak-kanak suku Batek menimba ilmu demi masa depan mereka.

Anak-anak suku Batek ditempatkan dalam kelas yang kondusif.

Kanak-kanak ini sedang memakai kasut selepas tamat aktiviti di sekolah.