Peniaga belon perlu bekal barangan terbaik, berkualiti

Belon helium (dalam bulatan) yang digunakan pada pelancaran majlis perasmian Program Kecergasan Peringkat Kebangsaan meletup di Dataran Putrajaya. -Foto Bernama
Belon helium (dalam bulatan) yang digunakan pada pelancaran majlis perasmian Program Kecergasan Peringkat Kebangsaan meletup di Dataran Putrajaya. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Semua peniaga belon diminta agar sentiasa membekalkan barangan yang baik dan berkualiti kepada pelanggan.

Pembekal Gas Helium, Mohd Fadly Abu Hasan, 38, atau juga dikenali sebagai Awang The Clown berkata, mereka (peniaga) juga perlu sentiasa memastikan barangan jualan masing-masing tidak menyalahi etika kerja.

Menurutnya, pengguna juga perlu memiliki sedikit pengetahuan mengenai barangan yang dibeli daripada peniaga dengan memastikan ia barangan yang benar-benar asli.

"Sebenarnya perlu ada kesedaran dalam kalangan peniaga untuk jual barang (belon) yang berkualiti dan pengguna juga seharusnya membuat semakan apakah barangan yang dibekalkan adalah asli termasuk penggunaan gas helium dan bukannya gas yang dibancuh dengan tin aluminium, sodium yang bagi saya ia memang merbahayalah.

"Oleh itu saya turut mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terus membuat pemantauan selain memperketatkan pemberian lesen kepada penjual belon ini," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fadly berkata demikian bagi mengulas insiden belon yang didakwa berisi gas helium meletup selepas perasmian Program Kecergasan Kementerian Pendidikan peringkat kebangsaan 2019 di Putrajaya, semalam yang mengakibatkan seramai 16 pengunjung cedera dalam kejadian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 termasuk 9 kanak-kanak cedera belon helium meletup

Letupan berkenaan dipercayai berlaku apabila pengunjung berebut-rebut memotong tali yang mengikat tiga gugusan belon termasuk menggunakan pemetik api.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun tidak pasti punca letupan berkenaan namun katanya jika letupan akan berlaku jika ada bahan api seperti rokok dan sebagainya di kawasan berhampiran.

"Kita boleh tengok pada sebut harga daripada pembekal. Pada sebut harga itu, kita boleh tengok, kalau meletup dan terbakar maknanya itu bukan gas helium kerana gas helium tidak mudah terbakar," katanya.

Helium berada di Kumpulan 18 (gas adi) dalam jadual berkala dan unsur dalam kumpulan ini tidak bertindak balas dengan sebarang unsur lain melainkan berada dalam suhu dan tekanan yang sangat tinggi.

Sementara itu, Mohd Fadly berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak tegas dalam hal berkenaan kerana ia sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan daripada pihak yang membekalkan gas helium asli termasuk belon-belon yang berkualiti.

Menurutnya, dia juga pernah dicari penjual belon jalanan, pasar malam berikutan kenyataan saya di akhbar dilihat seperti cuba untuk menyekat 'periuk nasi' mereka.

"Jadi saya rasa tak adil, sebab kami bekalkan barangan yang 'sah' dan kita bayar sewa bulanan. Daripada segi jualan pun perbezaan separuh harga, contohnya bagi belon 12 inci, kami jual RM5, tetapi mereka jual RM2-RM3 sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belon helium meletup: Rawatan mangsa diutamakan

Belon helium meletup: Enam mangsa masih dirawat

Gas helium jika dicampur merbahaya, kata Wan Azizah