Sekat fahaman ekstremis LTTE di Malaysia

Perbarisan LTTE di Sri Lanka. - Foto Tamil Guardian
Perbarisan LTTE di Sri Lanka. - Foto Tamil Guardian
A
A
A

KECOH apabila terdapat beberapa pemimpin parti politik dan pihak tertentu didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Masalahnya, semua individu itu ialah rakyat Malaysia yang sudah tinggal di negara ini sejak puluhan tahun dahulu. Persoalannya, mengapa perlu mereka memberi sokongan dan bantuan kepada kumpulan pengganas yang disenaraikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

Jika sekadar bersimpati sahaja dengan nasib kaum Tamil yang ingin menubuhkan sebuah negara berasingan di Sri Lanka ia mungkin masih boleh diterima.

Tetapi jika sehingga mahu membawa ideologi dan mengumpul dana bagi membantu perjuangan LTTE di Malaysia, ia memang perlu ditolak.

Pengganas LTTE pernah membunuh Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Ghandi pada tahun 1991.

Mereka ini terdiri daripada sayap militan dan sebuah sayap politik serta mempunyai sebuah pasukan tentera laut, unit tentera udara, unit perisikan dan juga sebuah kumpulan khas pengebom berani mati.

Difahamkan majoriti sumber kewangan LTTE berasal daripada hasil sumbangan orang Tamil yang menetap di luar negara.

Pada tahun 2009, LTTE dibubarkan selepas mereka dikalahkan kerajaan Sri Lanka dan sekitar 6,000 ahli LTTE menjalani proses rehabilitasi dan reintergrasi.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Sri Lanka pada tahun 2011 mengeluarkan kenyataan bahawa masih wujud cawangan antarabangsa LTTE yang ingin membina semula pertubuhan tersebut.

Justeru, jika inilah perjuangan LTTE, adakah rakyat di negara kita dibenarkan untuk mengembangkan pertubuhan pengganas ini?

Bagi Merak Jalanan, Malaysia tidak perlukan lagi fahaman ekstremis yang tidak sedikit pun membawa kebaikan kepada kita semua.