Empat orang awam maut serangan baharu di Burkina Faso

Pasukan tentera dikerah mengawasi wilayah yang berdepan ancaman keganasan di Burkina Faso. - Gambar hiasan
Pasukan tentera dikerah mengawasi wilayah yang berdepan ancaman keganasan di Burkina Faso. - Gambar hiasan
A
A
A

OUAGADOUGOU - Seramai empat orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan baharu di wilayah utara Burkina Faso, sumber keselamatan memberitahu AFP hari ini.

Serangan di Samboulga, utara wilayah Lorum semalam berlaku selepas serangan kumpulan bersenjata di sebuah masjid di bandar Salmossi yang meragut 16 nyawa kelmarin.

"Empat orang dibunuh oleh individu bersenjata di Samboulga malam semalam.

"Menurut penduduk, penyerang menyerbu kampung dan melepaskan tembakan rambang," kata sumber keselamatan kepada AFP.

Tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penyerang namun sejak permulaan tahun 2015, serangan pemberontak semakin kerap berlaku terutama di wilayah utara dan timur.

Burkina Faso dicengkam keganasan yang dikaitkan dengan kumpulan bersenjata yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan al-Qaeda dan juga Daesh.

Sementara itu, Gabenor utara Burkina, Justin Some berkata dalam dekri bahawa perintah berkurung di wilayah Lorum akan bermula dari 15 Oktober hingga 14 November daripada jam 6 petang (waktu tempatan) hingga 6 pagi waktu (waktu tempatan). - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 16 maut serangan masjid di Burkina Faso

Artikel Berkaitan: