Ketua audit negara beri taklimat kepada PAC esok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu utama yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (LKAN PKKP) di Parlimen esok.

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dalam kenyataan hari ini berkata, taklimat tersebut adalah susulan pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat Jumaat lalu.

“LKAN PKKP kali ini antara lain mengandungi perkara penting iaitu Pengesahan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2018, Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, laporan itu juga akan dimuat naik dalam Portal Jabatan Audit Negara pada jam 10.15 pagi esok sempena taklimat Ketua Audit Negara kepada PAC di Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan: