Dugaan hari pertama sekolah, bertabahlah dik

Anggota bomba menggunakan peralatan khas mengeluarkan kaki kiri mangsa yang tersepit di tempat duduk besi sebuah sekolah agama di Bandar Baru Salak Tinggi, tengah hari tadi.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas mengeluarkan kaki kiri mangsa yang tersepit di tempat duduk besi sebuah sekolah agama di Bandar Baru Salak Tinggi, tengah hari tadi.
A
A
A
SEPANG - Keterujaan seorang murid lelaki memulakan hari pertama persekolahan hari ini, terbantut apabilanya kakinya tersepit di antara palang besi tempat duduk menunggu bas di sebuah sekolah agama di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, hari ini.

Pelbagai cara digunakan untuk mengeluarkan kaki kiri mangsa dalam kejadian jam 12.25 tengah hari itu sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA terpaksa dihubungi.

Ketua Balai Bomba KLIA, Timbalan Penguasa Bomba Khairuddin Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 12.25 tengah hari sebelum sampai kira-kira 11 minit kemudian.

“Seramai enam anggota bomba termasuk seorang pegawai bersama sebuah jentera ke lokasi yang melibatkan mangsa seorang murid sekolah rendah yang tersepit di temat duduk besi di sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun, kaki mangsa berjaya dikeluarkan selepas 5 minit anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas,” katanya.
Artikel Berkaitan: