Kilang papan musnah terbakar

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran kilang terbabit sebelum api berjaya dikawal bagaimanapun 80 peratus struktur bangunan berkenaan musnah terbakar. Foto: Ihsan bomba
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran kilang terbabit sebelum api berjaya dikawal bagaimanapun 80 peratus struktur bangunan berkenaan musnah terbakar. Foto: Ihsan bomba
A
A
A

KUANTAN - Sebuah kilang membuat papan putih di Jaya Gading di sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu turut menjejaskan sebuah kilang yang kosong berhampiran

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 12.49 tengah hari sebelum 18 anggota termasuk enam pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Indera Mahkota dan Gebeng dikerah ke lokasi untuk operasi mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

"Operasi memadam kebakaran menggunakan tiga jentera termasuk jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Water Tanker.

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran kilang terbabit sebelum api berjaya dikawal bagaimanapun 80 peratus struktur bangunan berkenaan musnah terbakar. Foto: Ihsan bomba
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran kilang terbabit sebelum api berjaya dikawal bagaimanapun 80 peratus struktur bangunan berkenaan musnah terbakar. Foto: Ihsan bomba

"Api berjaya dikawal kira-kira jam 1.37 tengah hari bagaimanapun kilang membuat papan putih itu musnah hampir 80 peratus strukturnya manakala sebuah lagi kilang hanya terbakar kira-kira dua peratus," katanya.

Anuar berkata, ketika kejadian, difahamkan kilang tersebut tidak beroperasi kerana tutup cuti hujung minggu.

Bagaimanapun, katanya ketika kejadian lima pekerja yang berada di kilang berkenaan berjaya menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan:

"Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.