Pekerja restoran melecur

Keadaan bahagian dapur restoran yang terbakar.
Keadaan bahagian dapur restoran yang terbakar.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran warganegara India cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah restoran di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, tengah hari tadi.

Sumber dari Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 12.53 tengah hari sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan ruangan dapur berkeluasan 10 x 18 kaki persegi dan terbakar 5 peratus. Kebakaran berjaya dipadamkan pekerja restoran menggunakan alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warganegara India berumur 31 tahun yang juga pekerja restoran tersebut melecur di bahagian tangan dan belakang badan ketika cuba untuk memadamkan kebakaran ,” katanya.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.32 petang.
Artikel Berkaitan:


"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik bomba," katanya.