Campak syabu atas jalan

Beg galas berwarna biru yang dicampakkan oleh suspek ke atas jalan.
Beg galas berwarna biru yang dicampakkan oleh suspek ke atas jalan.
A
A
A

PENDANG - Polis menahan seorang lelaki di tempat letak kereta Plaza Tol Plus Pendang dekat sini selepas mencampakkan beg galas biru yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 2,070 gram pada jam 4.15 petang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas beg tersebut, pihaknya menjumpai dua bungkusan plastik yang masing-masing mengandungi satu paket plastik lut sinar berisi bahan ketulan kristal.

Menurutnya, ekoran daripada tangkapan itu polis juga menahan dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti tersebut.

"Dadah jenis syabu itu dengan berat 2,070 gram itu digunakan untuk 2,070 penagih. Harga runcit bagi satu gram dadah jenis itu ialah di antara RM100 sehingga RM150 manakala harga borong bagi dua kilogram pula sebanyak RM66,000.

"Polis turut menyita tiga buah motosikal milik semua suspek dan ujian saringan awal urin mendapati ketiga-tiga suspek adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Arriz Sham berkata, ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari sejak 11 Oktober lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Semakan juga mendapati suspek berusia 20 sehingga 30-an itu mempunyai 11 rekod jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: