Azmin menghadap Sultan Kedah

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mempersembahkan dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di pejabat Tuanku di sini hari ini. Foto: BERNAMA
A
A

ALOR SETAR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mempersembahkan dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di pejabat Tuanku di sini hari ini.

Memetik posting Mohamed Azmin dalam laman Twitternya beliau berkata, Sultan Kedah amat prihatin terhadap pembangunan negeri ini.

"Syukur di atas perbincangan yang konstruktif mengenai usaha kemajuan negeri dalam agenda Wawasan Kemakmuran Bersama. Insya-ALLAH kerjasama utuh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi rakyat Kedah," katanya.

Selain itu beliau mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi menyampaikan dokumen WKB2030 serta mengadakan perbincangan produktif berhubung usaha pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. - Bernama