Hampir 6 bulan, Muhammad Zahiruddin belum ditemui

Hebahan kehilangan Muhammad Zahiruddin telah dijalankan melalui Nur Alert.
Gambar kanan: Muhammad Zahiruddin
Hebahan kehilangan Muhammad Zahiruddin telah dijalankan melalui Nur Alert. Gambar kanan: Muhammad Zahiruddin
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap hari saya berdoa kepada ALLAH agar dipertemukan semula anak saya, demikian luah Mohd Fauzi Abdul Ghaffar mengenai kehilangan anaknya, Muhammad Zahiruddin Putra, 8.

Biarpun dirinya baharu pulih daripada serangan strok baru-baru ini namun bagi Mohd Fauzi usaha untuk mencari anaknya itu sekalipun tidak pernah terhenti.

"Hampir genap enam bulan Muhammad Zahiruddin hilang dan selama itu jugalah saya tak pernah berhenti berusaha, hampir kesemua negeri dalam semenanjung saya telah berusaha menjejaki anak saya.

"Kalau nak ungkap soal rindu sehinggakan saya hampir mengalami masalah kesihatan dan serangan strok akibat terlalu merindukan Muhammad Zahirudin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mohd Fauzi berkata, pelbagai alternatif dilakukan untuk mencari anaknya itu.

"Saya dah cuba pelbagai cara termasuklah melalui kaedah tradisional namun sehingga kini masih belum terdapat sebarang tanda.

"Namun saya nak tekankan yang saya langsung tak akan berputus asa selagi terdaya saya akan berusaha sehabis mungkin," katanya.

Terdahulu, April lalu Zahiruddin dikatakan hilang selepas dia keluar dari rumahnya untuk bermain di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra di sini.

Artikel Berkaitan:

Ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, memaklumkan anak bongsu daripada lima beradik itu tidak ke sekolah pada hari kejadian dan keluar untuk bermain dengan rakan-rakannya.

Susulan itu, polis memaklumkan bahawa pihaknya sedang giat mengesan kanak-kanak terbabit selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bangi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Muhammad Zahiruddin Putra agar dapat menghubungi Mohd Fauzi di talian 0132737828.

ARTIKEL BERKAITAN Zahiruddin masih belum pulang setelah sebulan hilang