Hafreez Adam, Zara Zya selamat bertunang

Hafreez, Zara Zya bakal disatukan pada Oktober tahun depan - FOTO: Instagram Zara Zya
Hafreez, Zara Zya bakal disatukan pada Oktober tahun depan - FOTO: Instagram Zara Zya
A
A
A
PASANGAN pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di Kuang, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Pada majlis yang cukup istimewa itu, Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Difahamkan, pasangan popular ini akan bertunang selama setahun sebelum melangsungkan majlis pernikahan yang dijangka pada Oktober tahun depan bersempena sambutan hari ulang tahun kelahiran Zara.

Sementara itu, Zara menerusi Instagramnya hari ini memohon maaf kerana tidak menghebahkan tentang majlis itu kepada umum atas permintaan keluarga.

“Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum, semalam Abe & Inchess dah selamat bertunang.

“Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan.

“But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami.,” tulisnya.

Tambah zara yang telah lebih dua tahun menyulam cinta bersama Hafreez itu, tiada apa yang diharapkan daripada peminat melainkan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

“Kami tak mengharapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua. Kepada sesiapa yang tersinggung, saya sebagai wakil pihak saya dan Adam, memohon maaf kepada semua.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk majlis semalam. Kami hargai sangat-sangat dengan kerjasama dari semua pihak. Last but not least, #ZaraAdamPunya,” ujarnya.