Kerjasama FAMA, SPRM promosi perniagaan halal tanpa rasuah

Latheefa dan Ishak (kanan) meluangkan masa beramah mesra dengan sebahagian peniaga di Pasar Tani Seksyen 13 di sini ketika program Sambutan Ulang Tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52 hari ini.

A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) optimis kolaborasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencapai matlamat untuk mempromosi kepentingan perniagaan secara halal tanpa rasuah.

Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, kerjasama itu memperlihatkan komitmen pihaknya untuk terus bersama masyarakat dan menggalakkan ahli usahawan memberi tumpuan kepada aspek perniagaan halal tersebut.

"Kita dapat melihat kejayaan melalui penganjuran program dengan agensi penting negara iaitu SPRM.

"Malah penekanan kepada perniagaan halal tanpa rasuah juga adalah aspek utama ke arah mendidik masyarakat tentang proses keberkatan dalam perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program sambutan ulang tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah sempena ulang tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 di sini hari ini.

Ishak (kiri) menurunkan tandatangan sebagai simbolik kerjasama antara FAMA dan SPRM sambil diperhatikan Latheefa pada program sambutan ulang tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah sempena ulang tahun SPRM ke-52 di Pasar Tani Seksyen 13 hari ini.

Turut hadir pada program, Ketua Pengarah FAMA, Zainal Abidin Yang Razalli.

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, kerjasama antara pihaknya dengan FAMA pada hari ini bukan sekadar simbolik sempena sambutan ulang tahun kedua-dua agensi tersebut semata.

Artikel Berkaitan:

"Ini satu contoh, kita nak tunjuk kepada masyarakat bahawa kita boleh buat perniagaan yang halal tanpa rasuah supaya dapat berkat, insya-ALLAH," katanya.

Terdahulu, Latheefa bersama Zainal Abidin dan Ishak meluangkan masa melawat gerai di Pasar Tani Seksyen 13 malah turut menyertai aktiviti lelongan 'happy hour' jualan ayam dan buah-buahan selain beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Latheefa (tiga dari kiri) turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada program Sambutan Ulang Tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52, di sini hari ini.
Latheefa (tiga dari kiri) turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada program Sambutan Ulang Tahun FAMA ke-54 dan Kempen Anti Rasuah Sempena Ulang Tahun SPRM ke-52, di sini hari ini.