248 individu terima darjah kebesaran Melaka

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari membetulkan kalung Speaker Dewan Undangan Melaka (DUN) Omar Jaafar sebelum bermulanya Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri Ayer Keroh hari ini.
Turut kelihatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan (dua kiri).
--fotoBER NAMA(2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari membetulkan kalung Speaker Dewan Undangan Melaka (DUN) Omar Jaafar sebelum bermulanya Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri Ayer Keroh hari ini. Turut kelihatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan (dua kiri). --fotoBER NAMA(2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

MELAKA - Seramai 248 individu menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka 2019 sesi kedua sempena hari jadi ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini.

Daripada jumlah itu dua individu menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Pakar Perunding dan Pakar Gastroenterologi Hospital Assunta, Datuk Seri Dr L Suresh Raj dan Pengarah Eksekutif Tobe Property Sdn Bhd, Datuk Seri Teo Shiok Fu.

Dua penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira ialah Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Datuk Prof Dr Raha Abdul Rahim dan Pengarah Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP), Datuk Muhammad Saifullah Noor Noormustafa Kamal.

Seramai tiga individu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Abdullah Isnin, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan Pengerusi PKR Melaka Datuk Halim Bachik.

Bagi penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pula seramai 19 individu iaitu Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Abd Shukor Mahmood, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Datuk Dr Kamarudin Min dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zamri Salleh.

Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Koko Malaysia, Datuk Norhaini Udin, Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Rushidi Ramly, Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Briged Jeneral Datuk Prof Dr Adnan Abdullah dan Panglima 1 Briged Infantri Malaysia Markas 3 Divisyen, Briged Jeneral Datuk Loh Kooi Leong.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Kol (B), Datuk Nazim Mohd Alim, Penolong Pengarah E3M Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Kassim, Pengarah SIPP Energy Sdn Bhd, Datuk Anuar Ahmed, Pengarah CEC Electrical Engineering Sdn Bhd, Datuk Chong Fut Ling dan Pengarah Eksekutif Medan Quantum Sdn Bhd, Datuk Hamzi Qayyum Khairiri.

Pengarah Urusan Malaysian Refining Company Sdn Bhd, Datuk Hashim Majid, Pengarah Leong Chuan Trading, Datuk Ko Mok Chuan, Pengarah Besar Eureka Waja Sdn Bhd, Datuk Lau See Mang dan Pengerusi Eksekutif Eqvest (M) Sdn Bhd, Datuk Mohamad Shah Yahya.

Artikel Berkaitan:

Tiga lagi penerima DPSM ialah Pengarah Damai Sepadu Sdn Bhd, Datuk Mohammad Suhaizi Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Ecobuilt Holdings Bhd, Datuk Ong Chee Koen dan Pengarah Urusan Pembinaan Daya Teguh Sdn Bhd, Mejar Datuk Yap Keong Wah.

Selain itu, seramai 18 orang menerima Darjah Seri Melaka (DSM), 16 orang menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 44 orang menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 90 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 52 orang menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan dua orang menerima Pingat Khidmat Lama (PKL). - Bernama