PM hadir Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Langkawi

AYAT FB: Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi tiba di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah pada jam 10.15 pagi tadi

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri kenderaan jenis Proton X70 ketika menghadiri Taklimat Pembangunan Pulau Langkawi di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi hari ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu sendiri kenderaan jenis Proton X70 ketika menghadiri Taklimat Pembangunan Pulau Langkawi di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi hari ini.
A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Langkawi di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Kuah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi tiba di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah pada jam 10.15 pagi.

Terdahulu Dr Mahathir yang tiba dengan memandu sendiri kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 disambut oleh Pegawai Daerah Langkawi, Muhammad Arof Darus dan ketua-ketua jabatan kerajaan di Langkawi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hangat, Juhari Bulat dan Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad.

Mesyuarat itu diadakan lebih sejam.

Selepas mesyuarat berkenaan, Dr Mahathir menyempurnakan majlis penyerahan sebuah ambulans sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi.

Dr Mahathir menyerahkan ambulans itu kepada Pegawai APM Daerah Langkawi, Kapten (PA), Ahmad Shahfikri Darus. - Bernama

Artikel Berkaitan: