Harga rumah mungkin naik, syabas kepada Kerajaan PH: Najib

Najib
Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Rumah berharga RM400,000 atau RM500,000 ketika ini yang masih mampu dibeli rakyat golongan M40 berkemungkinan akan dinaikkan harga ke RM600,000 supaya dapat dijual kepada warga asing, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengurangkan nilai pembelian hartanah untuk warga asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 mulai tahun depan.

Najib di laman Facebook beliau turut memberi pujian menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhubung perkara tersebut.

"Hebat Guan Eng dan Zuraida. Kalau masa dulu, warga asing hanya boleh beli hartanah RM1 juta ke atas.

"Kita mahu utamakan rakyat Malaysia memiliki rumah. Mulai 2020 sudah lain, Guan Eng kurangkan kepada RM600,000 sahaja.

"Hartanah bernilai RM600,000 sahaja, warga asing boleh beli. Syabas kepada kerajaan PH," katanya.

Najib berkata, PH merupakan kerajaan pertama yang membuat Skim Pemilikan Mudah Warga Asing.

Menurutnya, bukan sahaja aset negara malah kerajaan turut sama menjual rumah rakyat kepada warga asing.

Artikel Berkaitan:

Pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas, Guan Eng memaklumkan bahawa kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing.