Penduduk diminta tidak panik kemunculan buaya tembaga

No Image Caption
A
A
A
JOHOR BAHRU - Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor meminta penduduk Sungai Batu Pahat, Batu Bahat untuk tidak panik berhubung kemunculan seekor buaya yang menjadi tular di laman sosial semalam.

Pengarahnya, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, orang ramai juga dinasihatkan tidak mengganggu buaya di kawasan tersebut yang sememangnya dikenal pasti sebagai habitat reptilia itu sejak dahulu.

“Kawasan itu memang habitat buaya, ia juga berhampiran dengan sebuah pasar jadi kami yakin sumber makanan memang cukup untuk hidupan itu.

“Cuma kami mahu orang ramai jangan cuba nak mengganggu mereka (buaya), kalau ada nampak lagi terus hubungi kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kemunculan reptilia itu semalam, Jamalun berkata, empat pegawai diarahkan untuk memantau kawasan buaya tembaga itu dilaporkan ditemui.
Artikel Berkaitan:


“Mereka ini akan berkawal dan membuat pemerhatian dalam dua tiga hari ini,” katanya.

Beliau berkata, mengikut rekod Jabatan Perhilitan negeri, sehingga hari ini, mereka juga tidak ada menerima sebarang aduan mengenai serangan atau konflik buaya dengan manusia.

Semalam, tular rakaman video berdurasi 35 saat menunjukkan seekor buaya timbul di Sungai Batu Pahat yang turut menimbulkan keresahan penduduk setempat.