Sambut baik peruntukan untuk Chuping Valley Indsutrial

Azlan
Azlan
A
A
A

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyambut baik pengumuman bajet sebanyak RM50 juta untuk projek Chuping Valley Industrial oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika pembentangan bajet semalam.

Menurut Azlan, beliau sangat berharap peruntukan RM50 juta yang disebut secara khusus itu akan membantu dan memastikan agenda untuk mewujudkan kawasan perindustrian di Perlis menjadi kenyataan.

"Saya juga melihat belanjawan yang dibentangkan semalam dari kaca mata yang positif terutama melibatkan peruntukan khusus yang terkandung dalam belanjawan tersebut yang akan memberikan manfaat kepada Perlis," katanya ketika sidang akhbar di Kangar hari ini.

Azlan berkata, beliau juga berharap apa yang disebutkan di dalam belanjawan berkenaan dikotakan dengan baik.

"Kita tidak mahu ada jurang di mana apa yang diberikan tidak sama seperti yang dijanjikan, kadang ada berlaku kes dijanjikan untuk diberi amaun peruntukan yang lain tetapi bila peringkat perlaksanaan amaun yang dijanji tidak diperoleh," katanya.

Katanya, belanjawan pada kali ini masih lagi belum memberikan berita gembira kepada golongan petani dan nelayan kerana jumlah peruntukan tidak sebesar yang diberikan kerajaan terdahulu.

Artikel Berkaitan: