Modi kutip sampah tepi pantai

Modi mengutip sampah di tepi pantai di sebuah pusat penranginan di negara itu hari ini.
Modi mengutip sampah di tepi pantai di sebuah pusat penranginan di negara itu hari ini.
A
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri India, Narendra Modi dirakam mengutip sampah di tepi pantai sebuah pusat peranginan di negara itu hari ini.

Menerusi video berdurasi tiga minit yang dikongsi di laman Twitter miliknya, Modi dilihat mengutip botol dan beg plastik dalam mengetengahkan tentang kurangnya kesedaran terhadap isu kebersihan di tempat awam di India.

"Aktiviti mengutip sampah di pantai Mamallapuram pagi ini selama 30 minit. 'Hasil kutipan' saya diserahkan kepada Jeyaraj, salah seorang kakitangan hotel berkenaan.

"Marilah bersama-sama kita pastikan tempat awam kita bersih dan indah. Mari hidup dengan lebih sihat dan cergas," tulisnya.

Beberapa bandar di India mencatatkan tahap pencemaran atmosfera tertinggi di dunia disebabkan pertumbuhan bandar yang pesat serta tadbir urus yang lemah.

Bagi menangani masalah pencemaran di India, Modi menggesa untuk menghentikan penggunaan plastik sekali pakai menjelang tahun 2022. - Agensi

Artikel Berkaitan: