BTS berjaya adakan konsert di Arab Saudi

Kumpulan K-Pop ternama dunia, BTS melakar sejarah baharu dalam kerjaya seni menerusi konsert di Riyadh, Arab Saudi semalam.
Kumpulan K-Pop ternama dunia, BTS melakar sejarah baharu dalam kerjaya seni menerusi konsert di Riyadh, Arab Saudi semalam.
A
A
A

RIYADH - Kumpulan K-Pop terkenal dari Korea Selatan, BTS berjaya mengadakan konsert sulung mereka di Arab Saudi semalam.

Kumpulan yang terdiri daripada tujuh anak muda itu beraksi di hadapan lebih 30,000 peminat fanatik mereka di Stadium Antarabangsa Raja Fahd di Riyadh.

BTS sebelum ini dihujani kecaman kerana bersetuju mengadakan persembahan di negara yang didakwa kerap mencabuli hak asasi manusia.

Kehadiran BTS ke Riyadh susulan undangan Tengku Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Pada Julai lalu, kumpulan Super Junior mencatat sejarah apabila muncul kumpulan K-Pop pertama membuat persembahan di Arab Saudi. - Agensi.

Artikel Berkaitan: