X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori maut nahas

Keadaan lori yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan dan pecah cermin depan.(Gambar kanan: Keadaan kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang mengorbankan pemandunya, hari ini.)
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang pemandu lori maut selepas tercampak dan tersepit di bawah kenderaan berat dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 377.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tanjung Malim hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 12.58 tengah hari itu, mangsa, Megat Azhar Ismail, 41, membawa lori kontena tanpa muatan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Seri Manjung ke Bangi, Selangor dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri dan terus masuk ke longkang jalan.

"Mangsa telah tercampak keluar dan tersepit di bawah kepala lori itu," katanya.

Beliau berkata, sampel darah mangsa akan diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian toksikologi sementara kenderaan itu dibawa ke pemeriksaan Puspakom.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dengan bantuan alat keselamatan dan kren.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!