Sumbat 13 guni ketum dalam kereta

PGA merampas 13 guni daun ketum dianggarkan bernilai RM68,250 dalam Op Wawasan di Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis semalam.
PGA merampas 13 guni daun ketum dianggarkan bernilai RM68,250 dalam Op Wawasan di Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis semalam.
A
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan seludup 13 guni daun ketum menggunakan sebuah kereta di Kampung Melayu di sini semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, menerusi Op Wawasan itu pihaknya berjaya merampas daun ketum bernilai RM68,250.

"Anggota PGA ternampak sebuah Proton Persona berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 7 pagi.

"Selepas menyedari dihampiri, pemandu kereta tersebut bertindak meninggalkan keretanya dan melarikan diri.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kereta terbabit menemui 13 guni putih disyaki berisi daun ketum seberat 455 kilogram," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kesemua rampasan termasuk kenderaan terbabit telah dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Katanya, daun ketum itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: