Sorotan 2018: Pelbagai kisah menarik di Terengganu

No Image Caption
A
A
A

5 April - Menantu bakar rumah mentua

GARA-GARA berang isterinya meminta cerai, seorang lelaki tergamak membakar rumah ibu mentuanya sendiri dalam kejadian di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan isterinya yang menuntut cerai selepas mereka bertikam lidah berkait isu peribadi.

No Image Caption

10 Mei - Pas tawan Terengganu

Pas cipta kejutan mengulangi sejarah tahun 1999 dengan kejayaan menewaskan BN dan membentuk kerajaan baharu di Terengganu melalui mandat yang diberikan rakyat dalam PRU14.

BN gagal mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan di Terengganu apabila hanya menang 10 kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

10 Mei - Dr Ahmad Samsuri dilantik Menteri Besar

ADUN Rhu Rendang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu baharu bagi kerajaan Pas selepas parti itu mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU14.

No Image Caption

5 Jun - Bas amfibia jadi produk pelancongan

BAS amfibia atau juga dikenali sebagai amphicoach tidak akan digunakan bagi operasi menyelamat ketika banjir, sebaliknya akan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tarikan baharu produk pelancongan Terengganu.

No Image Caption

30 Jun - Ahmad Razif gagal pertahan jawatan

PENGERUSI BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman gagal mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus dalam pemilihan diadakan.

Beliau yang juga Adun Seberang Takir baru memegang jawatan itu dalam pemilihan Umno 2013 lalu ditumbangkan pencabarnya, Apli Yusoff yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus.

No Image Caption

7 Julai - Tangki simpanan minyak terbakar

DUA tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman terbakar kira-kira jam 6.15 petang.

Kebakaran itu dipercayai bermula di sebuah tangki besar yang mengandungi kira-kira 40,000 liter minyak mentah.

No Image Caption

3 September - Pasangan kekasih lesbian disebat

HUKUMAN enam sebatan oleh dua tukang sebat wanita dari Penjara Kajang, Selangor bertauliah berjalan lancar bermula jam 10 dan berakhir 10.16 pagi.

Pasangan berusia 32 dan 22 tahun dikenakan pakaian lengkap baju kurung dan tudung serba putih dan mereka diarahkan duduk di bangku khas ketika hukuman berjalan.

No Image Caption

25 Oktober - Akhirnya Terengganu terima royalti minyak

MENTERI BESAR, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu telah menerima bayaran wang royalti secara berperingkat sebanyak dua kali pada tahun ini iaitu pada Mac lalu, berjumlah lebih RM600 juta.

Bayaran kedua pula dibuat pada September lalu, iaitu sebanyak RM300 juta. Bagaimanapun, jumlah itu hanya sebahagian daripada jumlah yang sepatutnya diterima dan beliau meminta agar ia dapat dihantar seberapa segera yang boleh.

Selain itu, jumlah wang royalti yang masih belum diterima ialah RM500 juta dan perlu dibayar dalam tempoh sehingga Februari kerana terimaan seterusnya ialah pada Mac 2019.

No Image Caption

21 November - Rumah warisan sembah bumi

SETELAH melalui pelbagai polemik, akhirnya rumah warisan bercirikan seni bina Melayu tradisional di Kampung Tanjung, dirobohkan pihak berkuasa setelah penghuninya masih enggan mengosongkan rumah itu.

Tindakan merobohkan kediaman itu dilakukan kira-kira jam 9 pagi oleh dua buldozer ketika pemiliknya, Wan Mokhtar Wan Yusof, 64, ada di rumah itu.

No Image Caption

4 Disember - Hadi nafi wujud dua 'team'

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak wujud konflik antaranya dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau menegaskan apa yang diperkatakan di media sosial tidak benar malah kedudukan kepimpinan kerajaan Terengganu sekarang stabil.