APMM rampas empat pukat rawa sorong

KIRI: Empat pukat rawa sorong yang dirampas APMM di perairan Ayer Baloi, Selasa lalu. KANAN: Anggota APMM mengangkat pukat rawa sorong yang ditinggalkan pemilik bot sewaktu rondaan di perairan Ayer Baloi, Selasa lalu.

A
A
A

BATU PAHAT - Empat pukat rawa sorong dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat sewaktu rondaan di perairan Ayer Baloi, Pontian di sini Selasa lalu.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, dalam kejadian berkenaan, empat bot mencurigakan dilihat di sekitar perairan Ayer Baloi kira-kira jam 3 petang cuba meloloskan diri dengan menuju ke pantai berdekatan dan meninggalkan peralatan menangkap ikan.

“Hasil daripada pemeriksaan di kawasan berkenaan telah menjumpai empat buah pukat sorong yang ditinggalkan pemilik bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengakui APMM sering mendapat aduan nelayan tempatan tentang pencerobohan bot-bot pukat sorong.

Jelasnya, pukat sorong berkenaan kemudian dirampas dan dibawa ke jeti di Batu Pahat seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Artikel Berkaitan: