Jepun batalkan hampir 2,000 penerbangan akibat Taufan Hagibis

Jalan raya di Shizuoka digenangi air selepas Taufan Hagibis yang membawa hujan lebat dan angin kencang membadai jepun hari ini.
Jalan raya di Shizuoka digenangi air selepas Taufan Hagibis yang membawa hujan lebat dan angin kencang membadai jepun hari ini.
A
A
A

TOKYO - Syarikat penerbangan Jepun membatalkan 1,929 penerbangan antarabangsa dan domestik selepas Taufan Hagibis membadai bahagian tengah dan timur Jepun hari ini.

Agensi penyiaran NHK melaporkan, Japan Airlines Corporation (JAL), All Nippon Airways (ANA) dan penerbangan murah Peach Aviation mengambil langkah berjaga-jaga selepas Hagibis dianggap taufan paling ganas dengan membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh 60 tahun.

Sesi persekolahan di Tokyo turut tutup ditutup hari ini.

Dikategorikan sebagai ‘besar’ dan ‘sangat kuat’, taufan itu juga menyebabkan pembatalan perlawanan Ragbi Piala Dunia selain turut menjejaskan Grand Prix Jepun.

Menurut laporan media tempatan, Hagibis diramalkan sebagai taufan pertama yang dikategorikan sebagai ‘sangat kuat’ melanda pulau utama Honshu sejak 1991 ketika sistem kategori diperkenalkan.

Menjelang tengah hari, kira-kira 1.64 juta orang di kawasan terjejas berada di bawah perintah berpindah bukan mandatori, dengan pihak berkuasa mendesak warga tua dan mereka yang mempunyai anak untuk dipindahkan lebih awal. - Agensi

Artikel Berkaitan: