Fenomena langit ungu gemparkan penduduk Jepun

Fenomena langit ungu kejutkan penduduk di tengah dan timur Jepun sehari sebelum Taufan Hagibis membadai negara matahari terbit tersebut semalam.
Fenomena langit ungu kejutkan penduduk di tengah dan timur Jepun sehari sebelum Taufan Hagibis membadai negara matahari terbit tersebut semalam.
A
A
A

TOKYO - Penduduk di tengah dan timur Jepun digemparkan dengan fenomena langit ungu semalam.

Perubahan warna itu dikaitkan dengan kedatangan Taufan Hagibis yang membadai Jepun hari ini.

Hagibis dianggap taufan paling ganas dengan membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh 60 tahun.

Fenomena alam itu menjadi perbincangan hangat netizen dengan ratusan penduduk berkongsi gambar langit bertukar ungu di Twitter.

Menurut Science Daily, fenomena itu adalah perkara biasa.

Ia disebabkan oleh fenomena Rayleigh Scattering iaitu penyebaran elastik cahaya oleh zarah mikro atau nano dalam udara yang lebih kecil berbanding panjang gelombang cahaya yang kelihatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hagibis meragut mangsa pertamanya hari ini selepas seorang lelaki terperosok dalam trak mini dipandunya.

Jurucakap Jabatan Bomba Ichihara, Hiroki Yashiro berkata, mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital.

Artikel Berkaitan:

Bulan lalu, penduduk di Jambi, Indonesia panik selepas dikejutkan dengan fenomena langit merah. Bagaimanapun, agensi bencana kebangsaan menjelaskan fenomena tersebut muncul kerana pergerakan jerebu yang berpindah dari tompok panas di wilayah Riau. - Agensi