X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua Polis Kangar buat laporan penyiaran artikel fitnah

WARI KIEW
A
A

KANGAR - Ketua Polis Kangar, Superintendan Wari Kiew membuat laporan polis berhubung penyiaran sebuah artikel yang didakwa mengandungi perkara fitnah dan boleh mencalarkan imej pasukan polis Kangar.

Menurutnya, artikel disiarkan sebuah portal berita bertarikh 11 Oktober dalam bahasa Inggeris itu didakwa menyiarkan kenyataan palsu berhubung kes culik konon pihaknya melakukan penderaan terhadap tahanan reman.

"Ini jelas menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik bagi menjatuhkan kredibiliti polis Kangar," katanya.

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan dalam artikel berkenaan kononnya polis mendera dan melakukan keganasan terhadap tiga lelaki ketika direman bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan culik mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, tahanan reman terhadap ketiga-tiganya dibuat selepas menerima laporan daripada pengadu bernama Aiinul Mardiah Bahtiar, 19, pada 21 September lalu pada jam 11.25 pagi yang menyatakan sebuah kereta jenis Produa Viva berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dipercayai meluru ke arahnya dan bertindak menculik tetapi dia berjaya melarikan diri.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah berjaya mengesan dan menangkap tiga orang suspek di Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat yang masih berada dalam kereta berkenaan.

"Tangkapan terbabit melibatkan lelaki berusia 24, 35 dan 58 tahun dan permohonan reman telah dilakukan mengikut prosedur sepatutnya bagi menjalankan siasatan, namun begitu, tuduhan telah dilemparkan kepada polis Kangar bahawa polis telah mendera dan melakukan keganasan ketika tahanan reman," katanya.

Wari berkata, jika benar perkara berkenaan berlaku, pihak terlibat sepatutnya membuat laporan polis dan juga mendapatkan pemeriksaan daripada pihak hospital, bukannya menggunakan media.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus