X

Kindly register in order to view this article
!

MB Selangor sambut baik Belanjawan 2020

Amirudin
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semalam.

Menyifatkan pembentangan bajet itu sebagai menyeluruh, Amirudin berkata, Belanjawan 2020d dilihat memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat dengan pelbagai program dirangka bagi golongan M40 dan B40.

Menurutnya, Selangor turut mendapat manfaat dari pengumuman itu antaranya naik taraf dan kemudahan infra yang bakal memberi impak positif kepada rakyat Selangor

"Antara pengumuman yang menarik perhatian ialah peruntukan naik taraf Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan penyelenggaraan jalan raya di Pelabuhan Klang.

"Kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM8.3 bilion bagi kajian pelaksanaan projek Serendah-Pelabuhan Klang untuk penghantaran kargo dan kajian pelaksanaan Koridor Logistik Klang iaitu lebuh raya logistik baharu yang akan dibangunkan khusus untuk menghubungkan Northport dan Westport, " kongsinya di status Facebooknya malam tadi.

Bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’, Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam berpaksikan kepada empat teras utama: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan; Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif dan Saksama; Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam​​​​​​ dan Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula GST.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus