Waris Siti Aina Farisha dicari

Badariah mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak perempuan yang kini di bawah jagaannya.
Badariah mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak perempuan yang kini di bawah jagaannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Waris kepada seorang kanak- kanak perempuan, Siti Aina Farisha Abdullah, 9, dicari bagi membantu penjaganya dalam proses untuk mendapatkan sijil anak angkat.

Pengerusi Team Sukarelawan Mahabah Bakarah, Badariah Abu Bakar berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Siti Aina Farisha Abdullah berumur sembilan tahun.

"Saya mengambil Siti Aina Farisha ketika dia di bawah jagaan seorang lelaki dikenali sebagai Ujang yang tinggal di Sik ketika berusia lima tahun.

"Ketika itu, saya bersama pasukan bantuan melakukan kerja kebajikan di sana dan ketika itulah saya mengenali Ujang yang menjaga Siti Aina Farisha," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, ibu, Siti Aina Farisha dikenali sebagai Siti Farizah Othman.

"Dalam dokumen peribadi Siti Aina Farisha mengatakan dia dilahirkan di Melaka, cuma saya tiada sebarang info mengenai ibunya itu.

"Jadi saya berharap agar ibu atau bapa Siti Aina Farisha dapat segera tampil menghubungi saya untuk memudahkan proses sijil anak angkat dilakukan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu atau bapa Siti Aina Farisha dapat berhubung dengan Badariah di talian 0123700197 atau 0196360553.

Artikel Berkaitan: