Perunding perkahwinan maut tercekik 'fish cake'

Hickey maut selepas tekaknya melecur dengan teruk selepas makan fish cake di mesyuarat yang dihadirinya
Hickey maut selepas tekaknya melecur dengan teruk selepas makan fish cake di mesyuarat yang dihadirinya
A
A
A

BOLTON - Seorang perunding perkahwinan maut selepas menelan 'fish cake' yang terlalu panas yang menyebabkan anak tekaknya melecur teruk.

Darren Hickey’s, 51, yang berasal dari England mencuba makanan tersebut ketika waktu makan tengahari di satu mesyuarat dan menyedari ada benda tidak kena dan segera mendapatkan rawatan Unit Kecemasan Hospital Chorley namun dia hanya dibekalkan dengan ubat ' paracetamol '.

Dia yang pulang ke rumahnya di Bolton, United Kingdom untuk berehat bagaimanapun sakitnya semakin teruk sehingga rakan rumahnya, Neil Parkinson mendengar dia tercekik pada jam 9 malam. Lapor metro.co.uk

"Dia menjerit jadi saya terkejut terus saya naik ke atas dan bila sampai ke biliknya, dia sedang berdiri nampak mukanya seperti tercekik dan saya cuba untuk menepuk di belakangnya namun tiba-tiba dia jatuh rebah ke lantai.

"Saya bawa Hickey ke Hospital tetapi kecederaan di tekaknya amat parah dan rawatan tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan pakar dan dia meninggal dunia pada tengah malam," kata Parkinson.

Parkinson (kanan) bergambar bersama Hickey.
Parkinson (kanan) bergambar bersama Hickey.

Parkinson berkata, kehilangan Hickey memberi kesan besar kepada komuniti di Bolton.

"Dia suka membantu kejiranan di sini sebab itu dia disukai masyarakat di sini. Dia juga suka melakukan kerja-kerja amal khususnya membantu pesakit strok kerana dia juga mengalami penyakit tersebut selama tujuh tahun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ahli pathologi, Dr Patrik Waugh berkata, kes ini sangat jarang berlaku dan biasanya akan dikaitkan dengan orang yang terbunuh dalam kebakaran kerana menyedut asap yang panas yang membakar saluran pernafasan.

"Selalunya pesakit yang mengalaminya akan kelihatan sihat namun dia boleh membengkak dan boleh membawa maut," katanya.