Penyokong tegar Kemboja tak berganjak 'dibelasah' 0-14 oleh Iran

Seorang lelaki tetap mengetuk dram dan melaungkan semangat kepada Pasukan Kemboja walaupun ketika itu Kemboja telah dibelasah teruk oleh Iran.
Seorang lelaki tetap mengetuk dram dan melaungkan semangat kepada Pasukan Kemboja walaupun ketika itu Kemboja telah dibelasah teruk oleh Iran.
A
A
A

TEHRAN - Walaupun berkesudahan Iran ‘kenduri’ gol yang berjaya mencatat kemenangan besar 14-0 menentang Kemboja, sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai penyokong Kemboja bersama sebuah dram dan pembesar suara masih setia berdiri memberikan sokongan kepada pasukan kesayangannya itu.

Dalam perlawanan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia, Kemboja dibelasah teruk Iran di Stadium Azadi, Iran di sini pada Khamis.

Video yang berdurasi 5 saat itu menunjukkan lelaki tersebut mengetuk drum dan melaungkan kata-kata semangat kepada pemain Kemboja walaupun ketika itu telah dibelasah teruk oleh pasukan Iran.

Rata-rata warga Twitter memberikan penghormatan kepada lelaki tersebut.
Rata-rata warga Twitter memberikan penghormatan kepada lelaki tersebut.

Perkongsian video tersebut di laman Twitter officialgoals kini telah tular di media sosial dan meraih 30,200 tontonan dan rata-rata netizen memuji tindakan individu tersebut yang membuktikan dia merupakan penyokong sejati negara itu walaupun mengalami kekalahan teruk.

Tulis @naiemofficials "Tabik bang...walaupun pasukan Kemboja kalah 14-0 dengan Iran."

"Saya tidak tahu dia ini siapa dan tidak mengenalinya tetapi dia layak memiliki tabik hormat daripada saya,"kata @Mr Muhammed di ruangan komen di Twitter.