Pak Wiranto pernah jadi sasaran bunuh

Menteri Hal Ehwal Keselamatan, Perundangan dan Politik Indonesia, Jeneral Wiranto diusung orang ramai untuk dihantar ke hospital selepas ditikam menggunakan senjata tajam semasa melakukan lawatan di Banten semalam.
Menteri Hal Ehwal Keselamatan, Perundangan dan Politik Indonesia, Jeneral Wiranto diusung orang ramai untuk dihantar ke hospital selepas ditikam menggunakan senjata tajam semasa melakukan lawatan di Banten semalam.
A
A
A

JAKARTA - Menteri Hal Ehwal Keselamatan, Perundangan dan Politik Indonesia, Jeneral Wiranto yang cedera ditikam semalam pernah menjadi sasaran komplot bunuh.

Plot pembunuhan yang gagal dilaksanakan itu didedahkan Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian pada Mei lalu.

Selain Wiranto, Ketua Agensi Perisikan Negara, Budi Gunawan dan penasihat keselamatan dan perisikan Presiden Joko Widodo (Jokowi), Gories Mere dan Menteri Kabinet, Luhut Pandjaitan turut menjadi sasaran.

Butiran rancangan itu didedahkan tidak sampai seminggu selepas lapan penunjuk perasaan maut dan ratusan lagi cedera dalam keganasan terburuk di Jakarta pasca pilihan raya.

Rusuhan ganas tercetus apabila penunjuk perasaan membantah pemilihan semula Jokowi sebagai Presiden di negara paling ramai umat Islam di dunia itu sekali gus menafikan kemenangan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto.

Jurucakap Polis Indonesia, Muhammad Iqbal sebelum ini memaklumkan, plot pembunuhan itu dirancang sejak 1 Oktober tahun lalu.

Ia terbongkar susulan tertangkapnya enam suspek yang menjadi dalang rusuhan ganas pada 21 dan 22 Mei lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: