Penjawat awam dapat bantuan khas RM500, pesara RM250

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bantuan khas itu turut diberikan kepada pesara kerajaan dengan bayaran RM250.

“Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan awam yang bertugas.

“Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: