X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Belanjawan 2020: Pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan

Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 dalam Dewan Rakyat, hari ini. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, menerusi Insentif Kesuburan itu, rakyat akan menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000.

Menurutnya, pelepasan itu diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius merangkumi kos rawatan kesuburan.

"Hari ini kadar kesuburan di Malaysia telah menurun dengan ketara daripada 4.9 bayi pada tahun 70-an kepada 1.9 bayi bagi setiap wanita iaitu di bawah paras penggantian.

"Oleh itu, bagi membantu pasangan mendapatkan rawatan kesuburan, KWSP akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti IVF," katanya pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!