X

Kindly register in order to view this article
!

Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan

Jambatan Pulau Pinang -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia akan bermula 1 Januari 2020 bagi menyeragamkan kadar tol di antara Jambatan Pertama dan Kedua.

“Semasa Belanjawan 2019, Kerajaan telah menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang.

“Belanjawan 2020, kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang pula akan dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di Parlimen petang tadi.

Sementara itu, Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik beberapa pengumuman pada Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan meneliti Bajet 2020 dan akan mengambil tindakan positif bagi memastikan Pulau Pinang menerima manfaat daripada belanjawan itu.

Menurutnya, bajet kali ini memberi beberapa insentif galakan pelaburan asing serta tempatan yang secara tidak langsung menikmati lebih banyak pelaburan sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Fokus terhadap pendekatan 'technical dan vocational training' adalah tepat dan bakal melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan di negeri ini. Transformasi digital juga disambut baik kerana Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan 5G.

"Selain itu, sektor pelancongan dapat dimajukan melalui pemberian 50 peratus daripada kutipan levi pelancongan. Kita juga menyambut baik peruntukan RM100 juta untuk projek kereta kabel Bukit Bendera," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Kon Yeow berkata, penyeragaman caj tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam pada RM7 juga antara yang terbaik dilakukan pada Belanjawan kali ini kerana dapat menggalakkan penggunaan laluan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf