Rekaan unik, ikonik V85 TT

Motosikal kembara khas untuk si lasak

A
A
A

SEPERTI apa yang kita boleh lihat di Malaysia, keperluan terhadap motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan urban semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Dalam dunia motosikal, tidak keterlaluan untuk penulis katakan, adventure touring juga bolehlah dianggap sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) tetapi versi dua roda.

Masakan tidak, jentera dua roda segmen adventure touring atau juga dikenali sebagai motosikal jenis pengembaraan itu dicipta lasak dan juga mampu beraksi secara off road.

DIREKA untuk disesuaikan dengan rangkaian aksesori asli dan menyerlahkan lagi keperbagaian perwatakannya.
DIREKA untuk disesuaikan dengan rangkaian aksesori asli dan menyerlahkan lagi keperbagaian perwatakannya.

Pada hemat penulis, ia sesuai bagi mereka yang kurang gemar kelajuan 'tahap dewa' yang ada pada motosikal jenis Super Sport tetapi masih mahukan kelajuan dan keseronokan menunggang.

Idea mengembara dengan menunggang motosikal sememangnya menarik dan unik. Apa tidaknya, anda boleh meneroka alam flora dan fauna serta tempat-tempat yang mempesona selain tidak terbeban dengan kos jika dibandingkan dengan penggunaan kereta.


Moto-Guzzi-V85-2
Moto-Guzzi-V85-2

Walaupun kebanyakan motosikal dibangunkan dengan penggunaan yang khusus, sebenarnya pengembaraan bermotosikal boleh dilakukan dengan apa sahaja jenis motosikal, selagi si penunggang cukup tahan untuk menempuh cabaran yang bakal dilalui.

Artikel Berkaitan:

Sebagai tambahan, motosikal pengembaraan dwikegunaan mempunyai kemampuan tersendiri yang membolehkan ia melalui laluan lasak atau memecut di jalan raya dan hadir dengan rekaan berciri maskulin.

Salah satu model yang terdapat dalam pasaran tempatan kini ialah Moto Guzzi V85TT 2019 yang dilancarkan baru-baru ini.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu model asas V85 TT dan versi Evocative Graphics. Sinar Turbo berpeluang menunggang uji model asas Guzzi V85TT pengembaraan sumbangan pengedarnya di Malaysia iaitu Didi Resources Sdn Bhd baru-baru ini.

Gaya Klasik

Kesimpulan awal yang boleh dibuat sebaik penulis mendapat kunci adalah jentera baharu itu sememangnya pakar dalam memperjelaskan erti sebenar 'jentera klasik' buat penggunanya.

Meskipun tampak vintaj, ia dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan elektronik yang dapat memaksimumkan pengalaman tunggangan.


SISTEM brek Brembo.
SISTEM brek Brembo.

Dari segi rekaan, Moto Guzzi V85 TT dilihat telah dibangunkan berdasarkan identiti yang mengimbangi antara sisi gaya klasik dan membangkitkan keghairahan dengan kelengkapan teknikal terkini.

Dilengkapi dengan pelbagai instrumen digital bersama lampu depan-belakang LED bulat dengan logo Moto Guzzi sebagai lampu LED DRL, ia jelas tampak sangat menarik.

Tangki petrol 23 liter, berbungkus fiber dan plastik bersegi membuatnya kelihatan lebih gagah. Di belakangnya pula, tersedia rangka tabular yang berfungsi sebagai pemegang pannier dan top box.Model tersebut juga dibangunkan dengan casis tralis yang lebih ringan dan membuat dimensi nampak lebih ringkas dengan ketinggian 830mm dari tempat duduknya.

TANGKI minyak berkapasiti 23 liter untuk isian penuh.
TANGKI minyak berkapasiti 23 liter untuk isian penuh.

Namun, bagi penulis sendiri, jentera itu agak berat dan sedikit tinggi. Mungkin juga ia dicipta bagi mereka yang berketinggian 175 sentimeter ke atas.

Posisi motosikal itu juga direka agak ke bawah, untuk membuat titik berat lebih rendah bagi membolehkan ia dikendalikan dengan lebih baik dan mudah.

Pendek kata, Moto Guzzi V85 TT itu memang mempesonakan dan stailo dari setiap sudut pandang. Letak atau tunggang ia di mana sahaja, pasti ramai mata yang terpukau dengannya. Lebih lama anda menatapnya, makin kuat keinginan untuk memiliki jentera hebat itu.

Enjin V-twin

Sama seperti barisan model Moto Guzzi lain, V85 TT dilengkapi enjin ikonik konfigurasi V-Twin 90 darjah melintang. Namun begitu, paling menarik adalah penggunaan titanium bagi injap masukkan yang besar iaitu 42.5 milimeter (mm) meskipun mengekalkan injap ekzos keluli 35.5mm.

Tambahan pula, jentera berkenaan juga hadir bersama dua pam minyak yang memberikannya lekuk fork lebih mendatar.

Keunikan enjin V-Twin Moto Guzzi itu juga memberikan keseronokan ketika memandu dengan posisi badan yang sangat selesa. Memotong dan memecut sudah tentu tidak menjadi masalah dengan jentera itu selagi penunggang masih mampu bertahan dengan tarikan kuat dan rintangan angin.

Ketika Sinar Turbo menunggang, had lajunya sudah mencapai 110 kilometer per jam meskipun putaran enjinnya belum mencecah 4,000 rpm. Itu menunjukkan bacaannya sangat rendah. Tidak terfikir tork sekuat itu pada rpm sedemikian. Dengan erti kata lain, penghantaran kuasanya lebih linear dan bersahaja.

Selain itu, kapasiti tangki minyaknya bersaiz 23 liter memberikan tunggangan hingga 400 kilometer.

Prestasi tunggangan

Untuk prestasi tunggangan, model baharu itu didatangkan bersama tiga mod tunggangan (Road, Rain dan Off-Road) akan mematikan fungsi ABS pada roda belakang. Kadar brek enjin juga boleh ditentukan melalui pilihan menu.

Jentera berkenaan memberikan impak fungsi ketika memecut di laluan lurus mahupun selekoh yang memberikan keyakinan ketara kepada penunggang.

Ya, tidak dapat disangkal, penampilan warnanya yang agak garang sering mendapat perhatian setiap kali berhenti di lampu isyarat dan meredah kesesakan lalu lintas. Pandangan pengguna jalan raya pastinya terarah kepada Moto Guzzi V85 TT setiap kali kelibatnya muncul di jalan raya. Tidak percaya? Cubalah!

Sebagai tambah nilai, penunggang boleh mendapatkan maklumat penting tunggangan daripada paparan pada meternya TFT 4.5 inci dengan ambient light adaptif, sesuai untuk siang atau malam.

Maklumat yang disediakan juga lengkap seperti speedometer, takometer, odometer, gear, meter minyak, jarak tunggangan, mod tunggangan (Road, Rain dan Off Road) dan banyak lagi.

Pada mod Road, fungsi kawalan cengkaman (TC) dan sistem ABS beroperasi secara sederhana sesuai untuk tunggangan lancar di jalan raya.

Sementara itu, pada mod Rain, sistem TC dan ABS akan menjadi lebih aktif dan sensitif bertujuan untuk menghindarkan gelinciran roda belakang. Pada mod Off Road, TC menjadi kurang sensitif dan ABS pada roda belakang secara automatik menjadi tidak aktif.

Secara keseluruhan, V85 TT memiliki keunikan tersendiri dan sesuai untuk peminat motosikal jelajah kelas menengah. Rumusan hasil ujian yang boleh diberikan kepada Moto Guzzi V85 TT memang terbaik dan menepati kehendak peminat adventure, dan pada penulis juga.

SPESIFIKASI Moto Guzzi V85 TT

Harga: RM87,888 (asas), RM89,888 (grafik evocative)

Enjin: V-Twin 90 darjah melintang, penyejukan udara, OHV, 2 injap setiap silinder.

Bore x Strok: 84.0 x 77.0mm

Sesaran: 853cc

Transmisi: 6-kelajuan

Tarikan: ShaftKuasa: 80hp (59 kW) pada 7,750 rpm

Tork: 80nm pada 5,000 rpm

Ketinggian: 830mm

Berat: 208 kg