Belanjawan 2020: Gaji minimum RM1,200 di bandar utama

Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 dalam Dewan Rakyat, hari ini. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 dalam Dewan Rakyat, hari ini. -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar utama, kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menambah baik kehidupan rakyat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

"Pada bulan Januari 2019, kerajaan telah meningkatkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan.

"Justeru, bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar utama, Kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020," katanya pada pembentangan Belanjawan 2020 di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: