Wakil rakyat pembangkang 'sepakat' berbaju putih ke Parlimen

Wakil rakyat dari blok pembangkang memakai baju berwarna putih di Parlimen hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Wakil rakyat dari blok pembangkang memakai baju berwarna putih di Parlimen hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Walaupun dikatakan bukan dirancang, kehadiran wakil rakyat dari blok pembangkang ke pembentangan Belanjawan 2020 di Bangunan Parlimen hari ini mencuri tumpuan apabila mereka sepakat mengenakan baju berwarna putih.

Ketika ditanya adakah mereka sememangnya berpakat untuk kelihatan serba putih, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persamaan itu hanyalah secara kebetulan.

“Tidak ada sebab, Pas pakai putih, kami (UMNO) pakai putih, tiada masalah, itu hanya kebetulan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beberapa pemimpin kedua-dua parti yang berada di situ turut berseloroh sesama mereka apabila soalan ‘baju putih’ diajukan kepada mereka.

Hari ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bakal membentangkan Belanjawan 2020.

Pembentangan ini merupakan kali kedua oleh Pakatan Harapan semenjak memenangi pilihan raya yang lalu dan sudah tentu dinanti-nantikan oleh rakyat selain parti pembangkang untuk menilai sejauh mana ia akan memberi manfaat.

Artikel Berkaitan: