Rumah Warisan ditutup sementara

Rumah Tok Su ditutup sementara waktu demi memberi laluan kerja pembersihan pokok tumbang.
Rumah Tok Su ditutup sementara waktu demi memberi laluan kerja pembersihan pokok tumbang.
A
A
A

ALOR SETAR - Rumah Warisan terletak berhampiran Wisma Darul Aman di sini akan ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dilakukan di kawasan itu.

Exco Pelancongan Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, Rumah Warisan terletak di Jalan Lumba Kuda di sini merupakan ikon rumah tradisional yang menjadi satu lokasi tarikan di Kedah ditutup bermula 9 Oktober lalu.

"Buat masa ini, ia ditutup seketika bermula Rabu lalu hingga 17 Oktober nanti untuk kerja-kerja pembersihan selepas kejadian pokok tumbang namun akan dibuka selepas ini," katanya.

Dua pokok terletak berhampiran Rumah Warisan tumbang pada Rabu lepas.
Dua pokok terletak berhampiran Rumah Warisan tumbang pada Rabu lepas.

Sementara itu, pengawal keselamatan, Abu Bakar Ramli, 52, berkata, dia bersyukur kerana tiada pengunjung ke rumah tradisional tersebut ketika kejadian pokok tumbang berlaku di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian Rabu lalu, dua pokok tumbang secara tiba-tiba termasuk jenis paku lima berusia hampir 100 tahun terletak berhampiran Rumah Tok Su dan Rumah Sri Banai.

"Kebetulan pak cik tiada di kawasan rumah tradisional berkenaan semasa kejadian disebabkan ada urusan di sekolah anak dan hanya mengetahui kejadian terbabit selepas dimaklumkan rakan.

"Pak cik terkejut melihat keadaan pokok berkenaan apabila ke rumah warisan namun mujurlah Rumah Sri Banai tidak ditimpa dahan sementara Rumah Tok Su terkena sedikit di bahagian bumbung sedikit," katanya.

Artikel Berkaitan: