'Mohd Faizal pergi selepas dua tahun tanggung derita'

Mohd Faizal sebelum ini menjalani pembedahan membuang mata kiri, kerana sel kanser berkenaan sudah mencecah di kawasan mata.
Mohd Faizal sebelum ini menjalani pembedahan membuang mata kiri, kerana sel kanser berkenaan sudah mencecah di kawasan mata.
A
A
A

GUA MUSANG - Dua tahun menderita selepas disahkan menghidap kanser kulit, akhirnya bapa kepada empat anak ini menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Mohd Faizal Che Leh, 40, dari Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah di sini, meninggal dunia selepas tahap kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini.

Menurut isterinya, Siti Fatimah Nor Abdul Rahim, 36, sebelum ini, arwah menjalani pembedahan membuang mata kiri, kerana sel kanser berkenaan sudah mencecah di kawasan mata.

"Kanser berkenaan menghala ke otak dan menyebabkan derita suami bertambah. Dia tidak boleh makan dan minum melalui mulut kerana dipenuhi ulser.

"Sel berkenaan telah membuatkan bahagian kepala kirinya mula membengkak," katanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RPT Sungai Terah, hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan kisah yang dikesan menghidap kanser pada Oktober 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bantulah suami saya dengan ikhlas'

Artikel Berkaitan: