Restoran kotor diarahkan tutup

Restoran terbabit diarahkan ditutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran kotor.PIX MPK
Restoran terbabit diarahkan ditutup selama dua minggu kerana beroperasi dalam persekitaran kotor.PIX MPK
A
A
A

KUANTAN - Sebuah restoran di bandar Kuantan diarah ditutup selama dua minggu selepas didapati beroperasi dalam persekitaran kotor.

Arahan itu dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kelmarin mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selepas operasi dilakukan penguat kuasa.

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norkamawati Kamal berkata, MPK turut mengeluarkan empat kompaun berjumlah RM1,750 terhadap pemilik restoran kerana melanggar beberapa syarat ditetapkan.

"Kesalahan lain yang dilakukan ialah membenarkan pekerja memakai cincin ketika mengendalikan makanan dan membuat satu binaan kekal pada bahagian tepi bangunan tanpa kelulusan MPK.

"Penguat kuasa turut mendapati pemilik premis itu meletakkan sebanyak 28 kerusi dan lapan meja tanpa kelulusan dan terdapat aktiviti tambahan di bahagian tepi premis bertujuan menjual air batu campur atau cendol tanpa kelulusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Pegawai Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MPK dan pegawai dari Pejabat Kesihatan Kuantan melakukan pemeriksaan ke atas restoran terbabit. - Foto MPK
Pegawai Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MPK dan pegawai dari Pejabat Kesihatan Kuantan melakukan pemeriksaan ke atas restoran terbabit. - Foto MPK

Menurutnya, pemilik juga didapati melakukan kesalahan di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan, Undang- undang kecil Lesen dan Akta 133, Akta jalan, parit dan bangunan.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan kebersihan premis ini diketuai Bahagian Kesihatan Persekitaran, Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Kuantan membabitkan 20 penguat kuasa," katanya.