X

Kindly register in order to view this article
!

Anjing dipijak tuan gara-gara bil perubatan tinggi

Paparan video yang menunjukkan anjing tersebut dilempar, dan dipijak oleh lelaki tersebut.
A
A

CHINA - Berang bil perubatan anjing sangat tinggi selepas menerima rawatan di sebuah klinik haiwan di sini, seorang lelaki bukan sahaja memijak dan menendang haiwan peliharaannya itu berkali-kali malah tergamak melempar haiwan itu ke lantai.

Menerusi rakaman litar kamera tertutup (CCTV) di klinik tersebut, lelaki berkenaan dilihat menarik anjing itu daripada seorang doktor haiwan dan melempar ia ke lantai dengan kuat.

Lebih menyedihkan lelaki itu bertindak kejam terhadap anjing peliharaannya yang menghidap penyakit jantung di hadapan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya.

Dalam video berdurasi 0.13 saat tersebut turut kelihatan kanak-kanak perempuan itu cuba menghalang ayahnya daripada terus bertindak demikian.

Menurut doktor haiwan berkenaan, anjing yang mengalami sakit jantung telah menerima rawatan selama empat hari namun melihat kepada keadaan anjing tersebut yang kritikal, doktor bersetuju untuk memberikan perubatan secara percuma sekiranya anjing itu tidak dapat diselamatkan

Menurutnya, tidak lama selepas itu, keadaan anjing tersebut bertambah baik dan lelaki berkenaan dimaklumkan perlu membayar kos perubatan sekitar 300 yuan (RM176).

Antara reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut.
Antara reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut.

"Kos rawatan yang perlu ditanggung oleh lelaki berkenaan adalah kira-kira 500 hingga 600 yuan (RM300 hingga RM350) dan memaklumkan perlu membayar kos perubatan sekitar 300 yuan (RM176) disebabkan anjingnya semakin pulih.

"Bagaimanapun, dia enggan membayar dan memutuskan untuk mengeluarkan haiwan itu dari hospital berkenaan. Apabila dipaksa untuk menyelesaikan bayaran itu, dia bertindak melempar dan memijak anjing tersebut," katanya.

Perkongsian video tersebut di laman Twitter Mothership.sg kini telah tular di media sosial tersebut yang meraih 3.1 juta tontonan 5.3 ulang kicau serta rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

Tulis geraldkoh987 "Memalukan betul jika itu ayah kepada kanak-kanak tersebut..kesian dia terpaksa menjadi saksi kekejaman yang dilakukan ayahnya dan itu adalah perkara paling teruk. Saya mendoakan kesejahteraan anjing dan kanak-kanak itu. Bagi ayah dia, jauhkan diri daripada benda yang hidup,".

"Ini sedih dan mengganggu emosi..Macam mana dia boleh tak sedar dengan apa yang dilakukan kepada anjing itu dan perbuatan tersebut dilakukan depan anaknya.. Saya tak boleh bayangkan apa yang terjadi dengan kanak-kanak itu selepas apa yang telah dilaluinya," kata ameliai17 di ruangan komen Twitter.