Hujan lebih paras normal, APM Kedah bersedia 24 jam

Awang Askandar (kanan) bersama pegawai-pegawainya meneliti kelengkapan dan logistik yang dimiliki APM Kedah.
Awang Askandar (kanan) bersama pegawai-pegawainya meneliti kelengkapan dan logistik yang dimiliki APM Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah membuat persediaan awal menghadapi Monsun Timur Laut pada Oktober dan November tahun ini.

Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, monsun berkenaan dijangka berakhir pada Mac 2020 mengikut ramalam Jabatan Meteorologi Malaysia

Menurutnya, antara lokasi yang dijangka menerima taburan hujan melebihi paras normal ialah Langkawi, Alor Setar, Sungai Petani, Kuala Muda, Kulim dan Baling.

"Seramai 1,019 anggota diarahkan bersiap sedia 24 jam dan tumpuan diberikan di daerah terutama di Kedah Selatan apabila purata hujan melebihi 450 milimeter (mm).

Awang Askandar (kiri) memberikan taklimat ringkas kepada semua pegawai-pegawainya berkenaan kemampuan logistik yang dimiliki oleh APM Kedah semalam.
Awang Askandar (kiri) memberikan taklimat ringkas kepada semua pegawai-pegawainya berkenaan kemampuan logistik yang dimiliki oleh APM Kedah semalam.

"Pada Oktober, Kedah dijangka menerima hujan sebanyak 350 mm sehingga 550 mm manakala pada November pula jangkaan adalah sebanyak 250 mm sehingga 450 mm," katanya pada sidang akhbar mengenai persiapan APM Kedah menghadapi Monsum Timur Laut 2019/2020 di Wisma Persekutuan APM Kedah, Alor Setar semalam.

Awang Askandar berkata, keperluan logistik mencukupi dan akan bantuan akan diminta dari negeri lain jika memerlukan.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga sudah mengadakan latihan, taklimat, mesyuarat, simulasi dan melengkapkan data bencana dariseluruh negeri," katanya.

Awang Askandar (tiga dari kanan) berada dia atas bot sealegs yang mampu digunakan di darat dan juga air.
Awang Askandar (tiga dari kanan) berada dia atas bot sealegs yang mampu digunakan di darat dan juga air.