Juara Bigg Boss Mugen Rao tiba di KLIA

Mugen menjadi rakyat Malaysia pertama menyertai program Bigg Boss musim ini
Mugen menjadi rakyat Malaysia pertama menyertai program Bigg Boss musim ini
A
A
A

SEPANG - Penyanyi dan pelakon Malaysia Mugen Rao yang menjuarai program realiti TV ‘Bigg Boss’ di Tamil Nadu, India Ahad lalu, pulang ke tanah air pagi ini.

Mugen disambut ratusan peminat yang menanti ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal pagi lagi.

“Saya amat gembira dapat memenangi pertandingan ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan terus memberi semangat sepanjang program Bigg Boss,” katanya di sini.

Beliau dijangka bertemu peminatnya di Batu Caves pada jam 11 pagi nanti.

Bermula sebagai model kemudiannya pelakon dan penyanyi, Mugen merupakan rakyat Malaysia pertama menyertai program Bigg Boss musim ini bermula 23 Jun lepas, iaitu musim ketiga selepas dua musim terdahulu iaitu pada 2017 dan 2018.

Beliau diumumkan sebagai juara program realiti itu yang dihoskan oleh pelakon tersohor industri perfileman selatan India Kamal Hassan selepas kekal dalam rumah Bigg Boss itu selama 105 hari dengan penyertaan dan kejayaan beliau menjadi tumpuan di media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Peringkat akhir Bigg Boss disiarkan pada 6 Oktober di saluran Astro Vijay TV (Saluran 224) dengan tempat kedua dimenangi koreografer Kollywood Santhosh Kumar atau Sandy, diikuti pembaca berita dari Sri Lanka Losliya Mariyanesan di tempat ketiga dan artis Kollywood Sherin Shrinagar meraih tempat keempat.

Artikel Berkaitan:

Peringkat akhir Bigg Boss disiarkan pada 6 Oktober di saluran Astro Vijay TV (Saluran 224) dengan tempat kedua dimenangi koreografer Kollywood Santhosh Kumar atau Sandy, diikuti pembaca berita dari Sri Lanka Losliya Mariyanesan di tempat ketiga.
Peringkat akhir Bigg Boss disiarkan pada 6 Oktober di saluran Astro Vijay TV (Saluran 224) dengan tempat kedua dimenangi koreografer Kollywood Santhosh Kumar atau Sandy, diikuti pembaca berita dari Sri Lanka Losliya Mariyanesan di tempat ketiga.

Terdahulu, Mugen memenangi tiket emas yang melayakkan beliau terus ke peringkat akhir selepas melalui minggu yang penuh dengan cabaran mental dan fizikal.

Album ‘single’ Mugen bertajuk ‘Kayalvizhi’ yang diterbitkan pada 2016 menjadi tular di YouTube dan menjadikan beliau popular dalam kalangan penonton digital.

Program Bigg Boss itu memaparkan peserta yang dipilih daripada filem, televisyen dan juga industri muzik dengan ia berlangsung dalam sebuah rumah unik yang mana 16 peserta tinggal selama 105 hari, dengan setiap aktiviti mereka dirakamkan 60 buah kamera.

Sepanjang 105 hari itu, orang ramai akan mengundi peserta pilihan mereka dengan peserta yang mendapat undian paling rendah akan tersingkir. - Bernama