'Umat Islam perlu ke hadapan pecahkan benteng perkauman'

Anwar menyampaikan Pidato Pembinaan Bangsa Malaysia pada majlis penutup Siri Dialog Shah Alam 'Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa Dan Budaya Damai' anjuran Institut Darul Ehsan malam ini. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan Pidato Pembinaan Bangsa Malaysia pada majlis penutup Siri Dialog Shah Alam 'Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa Dan Budaya Damai' anjuran Institut Darul Ehsan malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam perlu ke hadapan dalam memecahkan benteng perkauman bagi membina sebuah negara yang adil dan saksama.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam juga perlu sedar bahawa kekuatan sebenar Islam itu adalah keupayaannya memecahkan tembok perkauman yang sempit dan menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama.

"Islam melenyapkan prinsip perkauman yang sempit dan menekankan prinsip kemanusiaan," katanya ketika menyampaikan pidato di Seminar Nasional Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai di sini hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menangkis tanggapan bahawa orang Islam tidak boleh melantik bukan Islam sebagai pemimpin atau berkawan rapat.

"Semasa penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah terdapat seorang yang bukan beragama Islam turut membantu Nabi Muhammad dalam penghijrahan berkenaan.

"Jika Islam melarang orang Islam rapat dengan bukan Islam bagaimana Rasulullah boleh menerima bantuan seorang yang bukan Islam dalam antara peristiwa terbesar umat Islam itu sehingga ia diangkat menjadi tarikh permulaan tahun Islam," katanya.

Sementara itu, di seminar berkenaan juga Anwar turut menepis tanggapan bahawa beliau seorang yang bersikap liberal dan tidak mempunyai jiwa Melayu.

Katanya, beliau adalah seorang berjiwa Melayu tetapi memegang prinsip untuk membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak liberal, saya Melayu cuma saya bantu tolong setiap anak-anak yang memerlukan," katanya. - Bernama